TERKINI:
INDONESIA DISERANG PENGGANAS LAGI.
INDONESIA hari ini digemparkan lagi dengan serangan bom yang dikaitkan dengan kegiatan pengganas berani mati.
Memetik sumber terkini dari halaman media Indonesia, kejadian berlaku di Pos Polisi Sarinah Mall, Thamrin, Jakarta kira~ kira jam 10.50 pagi tadi waktu Indonesia Barat.
Menurut lapuran (sehingga artikel ini ditulis) disahkan empat orang terkorban termasuk anggota polis. Angka terkini mangsa yang cedera adalah lima orang dan kemungkinan jumlah mangsa yang terkorban dan cedera meningkat. Setakat ini belum ada jumlah rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Menurut saksi kejadian, sekurang~kurangnya enam orang berpakaian putih dipercayai pengganas berani mati berada tidak jauh dari kedai kopi STARBUCKS, Sarinah Mall sebelum dua ledakan bom kedengaran beberapa minit kemudian.
Berikutan kejadian serangan terkini, admin RedParrot menasihatkan warga Malaysia yang berada di Indonesia supaya menjauhkan diri dari kawasan yang berisiko dan terdedah kepada serangan pengganas.
No comments:
Post a Comment