Tuesday 26 January 2016

HARAPAN PEMUDA PBB SARAWAK

HARAPAN Pemuda PBB Sarawak untuk ada calon muka baru di kalangan Pemuda mungkin menjadi kenyataan pada PRN Ke-11 ini memandangkan Datuk Adenan seperti sudah memberikan bayangan yang kukuh untuk ianya direalisasikan. 
Bercakap selepas menghadiri mesyuarat MKT PBB, Datuk Seri Fadilah Yusuf yang juga merupakan Ketua Pemuda PBB Sarawak berkata walaupun mereka (Pemuda) tidak menghantar nama-nama ahlinya untuk dicalonkan namun mereka sentiasa optimis dengan pilihan Datuk Adenan dan akan menyokong siapa sahaja atas nama parti.
Selain daripada itu beliau juga turut berkata bahawa Pemuda PBB Sarawak sudahpun bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya ke-11 yang boleh diadakan bila-bila masa pada tahun ini.  Semua jentera di bawah sayap Pemuda siaga semuanya untuk memastikan calon PBB mahupun calon parti komponen BN Sarawak akan sukses di dalam pilihanraya kelak. 

No comments:

Post a Comment