DENGAN kos pembinaan sebanyak RM231 juta, projek pembinaan prasarana Jambatan Batang Sadong sekarang sedang memasuki fasa-fasa terakhir pembinaan struktur pentingnya. Pembinaan yang bermula pada tahun 2013 ini dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2016 ini.
Mengimbau cerita suatu waktu dahulu, tiada pilihan bagi warga Simunjan selain menyelusuri sungai yang menjadi nadi perhubungan rakyat untuk ke Bandar seperti Kuching. Dan dengan siapnya Jambatan Batang Sadong yang merentangi Sungai Buloh, Sadong Jaya ini nanti amatlah berharap ianya akan memberi seribu manfaat kepada warga Simunjan dan sekitarnya.
Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib telah melawat sendiri projek pembinaan ini bersama-sama dengan rombongan Kerajaan Negeri Sarawak yang lain.
Setakat 31 Januari 2016, pembinaan jambatan Batang Sadong hanya tinggal 2 sambungan lagi bagi melengkapkan secara keseluruhan sambungan jambatan yang panjangnya lebih kurang 1.5 km ini.
No comments:
Post a Comment