Saturday, 16 January 2016

PASAR CEKOR DALAM KENANGAN

PASAR Cekor merupakan salah satu mercu tanda di Kuching suatu waktu dahulu. Kerana disinilah tempat dimana masyarakat Kuching membeli belah untuk keperluan harian mereka. Sebut sahaja segalanya ada disini dan segala bentuk makanan mentah dijual segar dari ladang.
Dan memori pasar Cekor ini akan terus mengamit warga tua bagi penduduk Kuching kerana disinilah dahulunya berhimpunnya pelbagai bilang masyarakat Sarawak berkumpul serta bertanya khabar.
Keharmonian amat terasa disini dari duduk diatas pangku konkrit menghirup air kopi dengan menggunakan tin susu cap junjung untuk dirasai. Selain itu, antara salah satu sebab ramai masyarakat ke sini juga kerana adanya sate cekor serta mi jawa cekor yang lazat dan mengenakkan.
Namun sejajar dengan waktu bagi memberikan ruang pembangunan, Pasar Cekor telah dirobohkan pada tahun 2008 untuk pembinaan sambungan “waterfront Kuching”.

No comments:

Post a Comment