Thursday 7 January 2016

CADANGAN MASJID BANDAR KUCHING

MASJID Bandar Kuching atau lebih dikenali sebagai Masjid India merupakan salah satu masjid yang istimewa bagi warga Kuching. Dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuching dengan keluasan 16,004 kaki persegi merupakan masjid yang tertua dibina iaitu sekitar tahun 1837.
Dibina atas inisiatif saudagar berketurunan India Muslim yang mengungguli perniagaan rempah ratus serta produk berbentuk Islamik di Lebuh India ini merupakan antara masjid yang mempunyai sejarah dengan perkembangan syiar Islam di Sarawak amnya dan Kuching khususnya.
Sejajar dengan waktu, sekarang sedang rancak dibina masjid yang baru di lokasinya iaitu berdekatan dengan Esplanade Kuching dan apabila ianya siap kelak, ianya merupakan masjid terapung di Sarawak.
Senibinanya pula dikatakan seakan-akan sebuah masjid di Istanbul, Turki tetapi masih lagi mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Terbinanya masjid ini sudah tentu akan menjadi satu lagi mercu tanda untuk kuatnya syiar Islam di Sarawak.
Dan bagi mengekalkan nilai sentimental sejarah untuk Masjid India di Jalan Gambier akan tetap dipulihara dan tidak sama sekali akan dirobohkan kerana ianya tetap menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kuching.


Kredit gambar Borneo Post

No comments:

Post a Comment