Sunday 24 January 2016

SIAPAKAH “AHLI PARLIMEN” YANG AKAN “PULANG”?

BAHANG pilihanraya negeri Sarawak terus terasa apabila satu demi satu kenyataan telah diwar-warkan oleh Pengerusi BN Negeri yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Adenan Satem.
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Pbb di Kuching semalam, Datuk Adenan menyatakan bahawa tiada yang mustahil jika Ahli Parlimen turut dipilih menjadi calon pilihanraya negeri nanti.
Selain itu, Datuk Adenan turut menyatakan bahawa ada beberapa muka baru daripada sayap Pemuda dan Wanita juga akan menjadi “Winnable Candidate” nanti. Setakat ini beliau belum lagi menamakan siapakah “Winnable Candidate” mahupun Ahli Parlimen yang akan “pulang” kerana masih lagi menunggu masa yang sesuai.
Daripada 40 kerusi, PBB akan mengisi 10 kerusi dengan muka baru dan sebahagian besar penyandang akan kekal manakala selainnya meletakkan jawatan atau ditawarkan bersara.
Persoalannya sekarang siapakah “Ahli Parlimen” yang akan “pulang” itu nanti?

No comments:

Post a Comment