WATSON Nyambek kekal pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 10.30 saat yang dilakukannya pada 1998.
"Rekod 100 meter kekal milik Watson. Kami telah sebulat suara dengan keputusan ini," kata Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim.
Keputusan mengekalkan rekod Watson diambil dalam satu mesyuarat khas setelah meneliti laporan Persatuan Olahraga Brunei Darussalam, Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) selain jawatankuasa teknikal badan induk KOM.
Kesilapan meletakkan alat pengukur angin di kedudukan salah semasa Kejohanan Olahraga Sekolah~sekolah ASEAN di Brunei, November lalu menyebabkan IAAF tidak mengiktiraf catatan masa 10.29 saat yang dimiliki pelari muda, Hisyam Abdul Manap.
No comments:
Post a Comment