Tuesday 12 January 2016

OH TUPONGKU SAYANG…


PILIHANRAYA Negeri Sarawak ke-12 mungkin diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi, hanya menunggu berita daripada CM Datuk Adenan untuk memastikan kesahihan tarikhnya. Sejajar dengan itu sudah ada muka-muka lama pemimpin kita yang pasti hendak mengundurkan diri daripada dicalonkan semula.

Ada pelbagai faktor samada atas faktor usia atau mungkin kerana untuk berehat bagi memberi ruang kepada diri untuk bersama keluarga. Sudah ada khabar angin mengatakan bahawa Yang Berhormat Ir. Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman yang merupakan DUN N6 Tupong tidak akan bertanding. Namun begitu setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi daripada CM Datuk Adenan lagi bagi mensahihkan berita tersebut. 

Mengimbau trek rekod Pilihanraya Negeri Sarawak, DUN N6 Tupong merupakan antara kubu kuat BN-PBB Sarawak semenjak ditubuhkan. Kita ambil contoh daripada 2 keputusan PRN iaitu pada tahun 2006 dan 2011, sudah cukup menunjukkan bagaimana N6 Tupong ini sentiasa menjadi penyumbang kepada kemenangan BN Sarawak.

Jadi sekiranya N6 Tupong ini akan mempunyai muka baru yang akan diketengahkan sebagai calon nanti, adakah calon itu adalah daripada barisan kepimpinan muda dari Pemuda PBB Tupong?

No comments:

Post a Comment