SATU kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa Sarawak adalah salah satu negeri yang banyak melahirkan jaguh-jaguh akuatik Negara Malaysia. Nama-nama seperti Pandalela Renong, Bryan Nicholas Lomas, Daniel Bego, Tania Bugo dan banyak lagi bukan hanya dikenali di Asia Tenggara malah juga seluruh dunia
Dan pada tahun ini, Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada SUKMA XVIII yang dijadualkan bermula Julai 2016 nanti. Hanya tinggal beberapa bulan lagi dan yang pasti Sarawak telahpun bersedia baik dari fizikal serta mental untuk menjadikan SUKMA ke-18 ini adalah yang terbaik pernah kita kelolakan.
Di sebalik kesibukan memastikan segalanya di dalam perancangan, mungkin ramai tidak menyedari bahawa Sarawak akan mempunyai satu pusat akuatik yang bertaraf dunia. Ianya terletak bersebelahan dengan Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya Kuching dan sekarang di dalam fasa-fasa terakhir pembinaannya.
Pelaburan Sarawak ke atas pusat akuatik bertaraf dunia dengan kos sebanyak RM163 juta ini adalah sesuatu yang baik di dalam memastikan anak-anak Sarawak yang berbakat dapat dilahirkan sebaik mungkin di sini. Dan dengan adanya kemudahan seperti ini juga nanti sudah tentu Sarawak mampu untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan-kejohanan akuatik dunia yang lain.
No comments:
Post a Comment