Saturday 23 January 2016

PENERBANGAN LANGSUNG HONG KONG – KUCHING


SATU lagi berita gembira untuk rakyat Sarawak apabila satu syarikat penerbangan antarabangsa akan melakukan penerbangan langsung dari Hong Kong ke Kuching bermula April ini.  Syarikat penerbangan yang dimaksudkan adalah Hong Kong Airlines yang berpusat di Hong Kong.  
Sudah tentu dengan adanya perkhidmatan penerbangan langsung ini nanti, ianya akan memudahkan rakyat Sarawak mahupun sesiapa sahaja untuk terus menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tanpa perlu melalui hab penerbangan ke Kuala Lumpur.  Dan ianya sudah akan menjimat kos serta masa bagi setiap penumpang. 
Selain daripada itu penerbangan langsung Hong Kong – Kuching yang mempunyai kekerapan penerbangan 2 kali seminggu ini nanti diharap akan boleh merancakkan industri pelancongan Sarawak untuk lebih baik lagi serta mampu menjana ekonomi industri-industri yang berkaitan dengannya.


No comments:

Post a Comment