SEMALAM 25/1/2016, kira-kira jam 5.45 petang kita digemparkan dengan satu lagi kemalangan maut yang melibatkan 2 buah kenderaan iaitu jenis Proton Saga FLX dengan sebuah lori treller di KM12 Jalan Bintangor-Sibu.
Kemalangan maut ini telah meragut 4 nyawa anak Sarawak yang berbangsa Cina sementara seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sudah pun dikejarkan ke hospital yang terdekat. Keempat-empat yang terkorban meninggal dunia di tempat kejadian.
Mereka yang terkorban adalah:
1. Wong Ching Chiang, 41 tahun (L)
2. Wong Ching Soon, 15 tahun (L)
3. Henry Ling Jun Hong, 15 tahun (L)
4. Su Kee Chuo, 65 tahun (P)
Manakala yang mengalami cedera parah pula adalah Kerry Ling Chen Yu, anak gadis yang berusia 11 tahun. Kesemua ahli keluarga ini berasal dari Jalan Oya, Sibu. Sementara itu pemandu treller dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan yang serius.
Setakat ini punca kepada kemalangan ini masih lagi di dalam siasatan.
Salam takziah untuk keluarga yang terlibat. Adalah diingatkan untuk kita semua berhati-hatilah di jalanraya.
No comments:
Post a Comment