"Siapa
lebih tahu mengenai Sarawak daripada orang Sarawak sendiri. Kita mampu mengurus
negeri kita sendiri tanpa campurtangan pihak luar."~Ketua Menteri Sarawak,
Datuk Adenan Haji Satem.
Sudah
terang dan jelas. Tanpa berselindung dan bersikap prejudis, Datuk Adenan
mengutamakan kepentingan gabungan parti kompenan Barisan Nasional yang sedia
ada di Sarawak untuk terus menerajui hala tuju corak pemerintahan Sarawak dulu,
kini dan selamanya.
Ini kelebihan pemikiran Datuk Adenan
apabila dengan lantang menolak kemasukan parti DAP, PKR dan PAS. Ke semua parti
ini berpangkalan di Semenanjung Malaysia.
Corak kepimpinan dan hala
tuju pucuk pimpinan yang kurang konsisten serta ketidakupayaan DAP, PKR dan PAS
mencapai kata sepakat dalam banyak perkara menguatkan persepsi Datuk Adenan
bahawa ketiga~tiga parti pembangkang ini pasti gagal menyatupadukan rakyat
Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik sekalipun 'ditakdirkan menang
besar' pilihanraya negeri kelak.
Bicara tersirat Datuk
Adenan ini harus dinilai secara mendalam oleh rakyat Sarawak. Merela perlu
bijak menentukan bakal pemimpin dan kerajaan yang akan terus menerajui Sarawak
di masa hadapan.
Janganlah kerana selama ini
pembangunan ke kawasan mereka lambat dilaksanakan atau tertangguh dijadikan
alasan untuk menerima kemasukan parti pembangkang dan memilih calon pembangkang
sebagai wakil rakyat mereka. Jika ini berlaku bermakna rakyat di kawasan
berkenaan sudah pasti terus tercicir dari arus pembangunan kerana tiada agihan
peruntukan pembangunan disediakan.
Bagi Datuk Adenan
"jika anda memberi saya tempoh lima tahun lagi, saya pasti akan menunaikan
janji saya kepada anda."
Untuk rakyat Sarawak pula
"orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Orang berjanji
kita menanti janji ditunaikan. Orang sudah laksanakan janji kita rakamkan
penghargaan terima kasih. Pemimpin ikhlas berkhidmat rakyat tetap setia."
Inilah keistimewaan jalinan
kerjasama rakyat yang diterajui oleh pemimpin dan parti kompenan Barisan
Nasional di Sarawak.
No comments:
Post a Comment