Sunday 31 January 2016

SARAWAK BINA JAMBATAN TERPANJANG DI MALAYSIA


SARAWAK bakal membina jambatan terpanjang di Malaysia secara kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.
Usahasama pembinaan dan kos Jambatan Batang Lupar di Sungai Rejang, Sri Aman berjumlah RM1 billion ditanggung samarata oleh kerajaan Sarawak dan Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan khabar gembira ini pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, dihadiri lebih 11,000 tetamu dari pelbagai peringkat di Dewan Suarah Bintulu.
Sambil mengakui ia merupakan sebahagian daripada Manifesto Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, beliau menambah pembinaan jambatan ini, susulan usaha kerajaan Sarawak menambahbaik jaringan perhubungan di negeri ini, terutama untuk memesatkan lagi pembangunan kawasan pesisir pantai di seluruh Sarawak.
Datuk Najib turut mengumumkan kerajaan akan melaksanakan program baik pulih sekolah menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) melibatkan 107 sekolah usang dan rosak di seluruh Sarawak.
Sebelum ke Bintulu, Datuk Najib melakukan lawatan kerja singkat ke Sekolah Rendah (SK) Sungai Ladong dan kemudian menaiki feri meninjau kerja~kerja akhir pembinaan Jambatan Batang Sadong. 

No comments:

Post a Comment