Saturday, 30 January 2016

CUTI BERAKHIR TRAGEDI SEDIH

HASRAT dua lelaki dipercayai pekerja ladang kelapa sawit di Sematan, Lundu untuk pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Sebijo, Jalan Lundu~Sematan, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi, Duda Lazi, 58, dari Kampung Stunggang, di sini yang memandu 4WD jenis Toyota Hilux bersama penumpang depan, Goeng Nyaw, 48, dari Bau, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Seorang lagi penumpang lelaki Toyota Hilux terbabit berusia 50~an , hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu lori berusia 50~an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, Ramli Marasan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.30 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua~dua mangsa yang maut masih tersepit di tempat duduk masing~ masing dan pihaknya mengambil masa hampir sejam mengeluarkan mangsa", katanya.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Duda yang memandu Toyota Hilux berkenaan cuba memotong sebuah motosikal berhampiran simpang, namun gagal sebelum bertembung lori membawa muatan kelapa sawit.
Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

No comments:

Post a Comment