Sunday, 31 January 2016

KISAHNYA N13 DUN BATU KITANG

DUN Baru yang diperkenalkan untuk PRN Ke-11 ini sudah semestinya menjadi satu yang popular di kalangan rakyat Sarawak. DUN Batu Kitang misalnya antara yang paling panas kerana sejak dari tahun 2015 lagi usai persempadanan semula sudah ada cerita mengenainya.
N13 DUN Batu Kitang mempunyai 16,160 pengundi berdaftar dengan pecahannya lebih kurang 60% adalah pengundi berbangsa Cina manakala selebihnya adalah pengundi bumiputera. Dan sudah tentu awal-awal lagi DAP sudah menggunakan kuasa vetonya dengan mendabik dada bahawa calon DAP yang layak untuk bertanding di Batu Kitang.
Dan yang lebih menyeronokkan adakah DAP akan menampilkan Aziz Isa untuk mewakili Batu Kitang kerana Abdul Aziz Isa sudah tentu menginginkan dia dihargai setelah banyak kali beliau diketepikan oleh Chong Chieng Jen.
Setakat ini pengumuman DAP menyatakan bahawa 5 orang calon telah sah akan mewakili DAP iaitu Wong King Wei (DUN Padungan), Violet Yong (DUN Pending), Christina Chiew Wan Seng (DUN Batu Kawah).
Manakala Abdul Aziz Isa dan Chong Chieng Jen akan diumumkan pada saat akhir iaitu samada Dun Batu Kitang dan Dun Kota Sentosa. Atau mungkin ini hanya retorik demi menjaga air muka Abdul Aziz Isa yang sememangnya sering dipinggirkan oleh DAP.
Bagaimana pula dengan PKR yang juga rakan sekutu DAP yang sering tidak dianggap “pencukup korum” oleh DAP selama ini. Dari awal lagi mereka juga telah menyimpan impian untuk meletakkan calon wanita mereka di DUN baru ini. Atau mungkin kita akan melihat ada pertembungan sesama sendiri di Batu Kitang?
Dan apa pula cerita parti pembentuk Barisan Nasional Sarawak, adakah SUPP atau PBB atau parti mana yang akan mewakili DUN baru ini nanti. Siapakah pula “winnable candidate” di sini nanti memandangkan ramai yang meramalkan bahawa DUN Batu Kitang ini merupakan antara yang pasti menjadi penambah kerusi parti pembangkang di DUN Sarawak.
Jawapannya hanya ada apabila tibanya “Hari Penamaan Calon” PRN Ke-11 nanti. Yang pasti kisahnya N13 DUN Batu Kitang ini terlalu menguja kita.

No comments:

Post a Comment