Monday, 25 January 2016

“RUMAH DAH SIAP, PAHAT BARU BERBUNYI”


UMPAMA peribahasa “Rumah dah siap, pahat baru berbunyi” itulah bidalan yang di dalam memperkatakan usaha pihak pembangkang cuba untuk merendah-rendahkan usaha Ketua Menteri Sarawak, Datuk Adenan bagi mendapatkan autonomi untuk Sarawak.
Parti pembangkang agaknya sudah hilang punca atau sudah panas punggung untuk mencari modal politik mereka dikala apa yang dilakukan oleh Datuk Adenan menemui kejayaan secara berperingkat-peringkat.  Mereka mengguna apa sahaja asalkan mereka mampu meraih simpati demi satu undi daripada rakyat Sarawak yang rata-ratanya gembira dan menyokong apa yang dilakukan oleh Datuk Adenan. 
Jika kita mengimbau “janji-janji manis” pihak pembangkang sekitar PRN ke-10 dahulu yang menjanjikan autonomi untuk Sarawak sudah tentu ramai yang masih mengingatinya. Dan persoalannya mengapa harus memperlekehkan usaha ini sedangkan hakikatnya inilah yang sepatutnya menjadi hak kepada kita berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Mungkin pihak pembangkang yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) ingin menjadi “jaguh kampung” iaitu hanya mereka yang mampu merealisasikan impian rakyat sedangkan Datuk Adenan bukannya seorang yang NATO “No Action But Talk Only” sebaliknya seorang pemimpin yang Walk The Talk. 
Jadi pada mereka yang masih lagi termakan dengan pujukan daripada pihak pembangkang ini berfikirlah sebaik-baiknya kerana apa sahaja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak adalah untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment