Monday, 18 January 2016

CADANGAN PROJEK HOSPITAL PETRA JAYA


SETELAH menyelesaikan beberapa masalah teknikal akhirnya satu projek yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak iaitu pembinaan Hospital Petra Jaya dijangka akan siap pada akhir November 2016. Sememangnya ianya merupakan satu projek yang bernilai bagi rakyat Sarawak khususnya memandangkan buat masa sekarang Hospital Umum Sarawak sudah tidak mampu lagi menampung kapasiti rakyat yang memerlukan rawatan segera.
 
Dengan kos projek RM495 juta, hospital ini dijangka akan mampu menyediakan 300 katil untuk para pesakit.  Disamping itu ianya juga akan dilengkapi dengan segala bentuk peralatan perubatan yang terkini.  Dan sudah tentu dengan keberadaannya nanti, peluang pekerjaan akan terbuka luas untuk setiap anak Sarawak yang berkelulusan ilmu perubatan mahupun di dalam bidang yang berkaitan. 
Yang pasti, apabila hospital ini siap nanti sudah ianya akan memudahkan rakyat di kawasan sekitarnya untuk lebih cepat mendapat perkhidmatan kesihatan sekiranya berlaku kes kecemasan.  Ini kerana selama ini penduduk kawasan Petra Jaya banyak bergantung dengan HUS yang jaraknya adalah amat jauh sekali.  Dan bagi yang berkemampuan sudah tentu merujuk ke Hospital Normal iaitu satu-satunya hospital swasta di kawasan Petra Jaya. 
Sekarang segala kerja-kerja pembinaan sedang rancak berlangsung dan seluruh penduduk Petra Jaya sudah tentu tidak mahu lagi ianya menjadi satu projek yang tertangguh kerana ia sepatutnya siap pada tahun lepas, 2015.


No comments:

Post a Comment