Thursday, 28 January 2016

INTIPATI PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016


HARI ini pada tanggal 28 Januari 2016, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengubahsuaian bajet 2016 di Putrajaya International Convention Centre. 
Pengubahsuaian bajet ini perlu memandangkan banyak berlaku perubahan di persekitaran ekonomi global sehingga menyebabkan adalah penting untuk Malaysia mengambil langkah-langkah perlu di dalam mengurus tadbir kewangannya.
 

Intipati pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia adalah seperti berikut:


1.  Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak 3% berkuatkuasa Mac 2016 sehingga Disember 2017.  Namun begitu caruman majikan dikekalkan. 


2.  Kerajaan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015. 


3.  Bagi mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat.  Kerajaan akan melaksanakan antaranya perkara-perkara berikut:

i.  Kerajaan akan meliberalisasikan kawalan kuota import atau AP bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan yang konsisten. 

Antara produk pertanian itu adalah biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing.  Disamping itu syarat pematuhan kualiti dan keselamatan barangan import akan diutamakan.

ii. FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau My Farm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menawarkan harga jualan 5-20% lebih rendah dari harga pasaran. 

Buat permulaan ia akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada bulan Mac 2016 dan kemudian akan diperluaskan ke 10 lokasi di pusat Bandar lain di seluruh Negara secara berperingkat-peringkat.

iii.  Di dalam memastikan rakyat menikmati harga barangan yang berpatutan, jumlah Kedai Harga Patut seperti hypermarket milik asing dan tempatan akan ditingkatkan daripada 640 buah kepada 1,000 kedai pada tahun ini.  

iv.  KPDNKK telah diarahkan untuk terus mempertingkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika serta mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlipat ganda atau profiteering.

v.  Bagi membela untung nasib para pesawah serta meningkatkan pengeluaran padi, Kerajaan menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi.  Pada masa yang sama, kerajaan akan menambahbaik perlaksanaan pemutuan sebenar padi melalui sistem penggredan standard. 

iv.  Kerajaan amat prihatin kepada golongan rakyat yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup terutamanya golongan miskin tegar.  Oleh itu program My Beras diperkenalkan yang mana setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekalkan dengan 20 kg beras setiap bulan. 


4.  Berkuatkuasa serta merta, kesemua projek perumahan baru Kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.

Di samping itu, Kerajaan juga akan mengadakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu meliputi rumah yang ditawarkan oleh JPN, PR1MA, SPNB, PPA1M, agensi negeri serta sektor swasta.  Lebih 100 ribu unit rumah akan ditawarkan di dalam program ini. 

Bagi Projek Perumahan Rakyat yang berharga Rm35,000 pula, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat (BR) telah bersetuju untuk menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4% sahaja. 


5.  Sumbagan 30% daripada levi Human Resource Development Fund (HRDF) yang berjumlah RM200 juta akan disediakan bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja menerusi inisiatf re-skill dan up-skill termasuklah pekerja yang telah diberhentikan.


6.  Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut:

i.   Kerajaan akan menggadakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

ii.  Kerajaan akan memberikan kelonggaran pengenaan penalty kepada pembayar cukai bagi menggalakkan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang.  Tunggakan cukai tersebut perlu dilangsaikan sebelum 31 Disember 2016.

iii. Kerajaan akan menstruktur semula saluran jualan rokok dan minuman keras untuk dihadkan kepada Kedai-kedai Bebas Cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

iv.   Pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai akan diperketatkan di pulau-pulai ini. 

Kedua-dua langkah (iii) dan (iv) tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung di Pulau Bebas Cukai nanti.

v.  Kerajaan akan mengoptimumkan pendapatan daripada spectrum telekomunikasi melalui pengagihan semula dan proses bidaan yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

vi. Kerajaan akan membangunkan beberapa kawasan strategic milik kerajaan dengan melaksanakan proses bidaan.


7.   Kerajaan Malaysia melalui inisiatif Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing akan terus memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing di mana kadar levi hanya akan diklusterkan kepada 2 kategori sahaja (Tidak termasuk kategori pembantu rumah asing).

Selain itu, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semua PATI atau Rehiring Programme untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah. 

Perlaksanaan program ini adalah bagi memenuhi permintaan industry serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumpah PATI di negarai ini bagi tujuan pemantauan keselamatan.


8.  Kerajaan akan lebih berhemat di dalam perbelanjaan terutamanya di aspek bekalan dan perkhidmatan.  Untuk itu usaha merasionalisasi pemberian geran kepada Tabung Amanayh Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan GLC serta menyusun semula entiti yang merangkumi Company Limited By Guarantee dan Badan Berkanun akan dipergiatkan.


9.  Untuk perbelanjaan pembangunan, fokus akan diberikan kepada projek dan program yang mendahulukan kepentingan rakyat serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan import yang rendah. 

Had projek fizikal yang diutamakan sekarang adalah seperti pembinaan rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalanraya dan pengangkutan awam serta keselamatan.  Untuk projek yang bukan fizikal dan projek yang masih di peringkat kajian akan dijadualkan semula.


10.  Institusi kewangan pembangunan atau DFI dan dana modal teroka atau VC milik Kerajaan akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak 6 bilion ringgit di dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syaraikat permulaan atau startup companies.


11.  Kerajaan menyarankan agar pihak GLC melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat-peringkat.  Sektor swasta juga turut digalakkan melaksanakan hal yang sama. Perkara ini akan dipantau oleh EPU.


12.  Kedatangan pelancong boleh merangsang pertumbuhan ekonomi domestik. Untuk itu promosi pelancongan domestic akan diperhebatkan melalui penganjuran penjualan pakej percutian domestik bersepadu. 

Untuk itu, Kerajaan akan mempermudahkan kemasukan pelancongan asing dengan mempercepatkan pelaksanaan e-Visa kepada beberapa Negara yang sudah dikenalpasti. 

Mulai 1 Mac hingga 31 Disember 2016, pelancong dari Negara China tidak memerlukan visa untuk ke Malaysia.  Ianya masih lagi tertakluk kepada terma dan syarat iaitu tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.


13.  Program pemberian BR1M dan bantuan kebajikan akan diteruskan dan kadar GST 6% adalah kekal seperti sedia ada.


14.  Walaupun di dalam kegawatan ekonomi, Kerajaan memberi kepastian kepada kesemua penjawat awam Malaysia iaitu:

i.  Kerajaan tidak akan memotong mana-mana emolumen penjawat awam mahupun pencen pesara. 

ii. Kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam samada yang berjawatan tetap mahupun lantikan secara kontrak.

iii. Pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada para penjawat awam akan diteruskan berkuatkuasa 1 Julai 2016 ini.


15.  Kerajaan bersetuju untuk meneruskan 4 program tajaan JPA bagi tahun 2016 iaitu:

i.  Program Biasiswa Nasional bagi 20 pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian terkemuka di seluruh dunia.

ii. Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

iii.  Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam dan IPTS di dalam Negara.

iv. Pengambilan baru seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di dalam Negara.

v.  Pertambahan RM5 billion untuk peruntukan pembiayaan PTPTN yang akan disalurkan terus kepada mahasiswa.

vi.  Kerajaan akan memberi pertambahan penajaan untuk 15 ribu pelajar baru di dalam program My Master, 5 ribu pelajar baru untuk program My PhD, 300 pelajar baru untuk Skim Latihan Akademik IPTA. 


16.  Bagi PKS dan syarikat Korporat berdaya maju yang mengalami tekanan kewangan akibat daripada persekitaran ekonomi semasa, Kerajaan menyediakan mekanisme perundingan melalyui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Jawatankuasa Penyusunan Semua Hutan Korporat.


17.   Kerajaan akan terus komited untuk mencapai sasaran pelaburan swasta berjumlah 215 bilion ringgit tahun ini dan perlaksanaan projek utama seperti MRT, LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High Speed Rail akan diteruskan.


18.  Pembinaan UTC di Labuan, Sungai Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Trengganu, Tawau, Keningau, Seremban dan Kangar.


19.   4 RTC baru dijangka siap dibina pada tahun 2016 ini di Jawi (Pulau Pinang), Rembau (Negeri Sembilan), Sungai Rambai (Melaka) dan Betong (Sarawak).


Semoga penjelasan intipati pengubahsuaian bajet 2016 ini mampu memberikan kefahaman kepada kita semua. 


No comments:

Post a Comment