Saturday, 30 November 2019

PERLANTIKAN DATUK ASFIA SEBAGAI PEMANGKU TYT SARAWAK


DATUK Amar Muhammad Asfia Awang Nassar telah dilantik sebagai Pemangku Tuan Yang Terutama Sarawak bermula dari 1 hingga 11 Januari 2020 bagi menggantikan TYT Tun Pehin Sri Taib Mahmud yang sedang bercuti.  

Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching iaitu Datuk Lee Heng Cheng dengan disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta dif-dif kehormat yang lain di Astana Negeri Sarawak, semalam.  

Pautan berita penuh:

WANITA KAUM ORANG ULU PERTAMA CAPAI ANNAPURNA BASE CAMP


SATU pencapaian yang seharusnya kita rakyat Sarawak bangga lebih-lebih lagi di kalangan wanita kerana hakikatnya tiada yang mustahil selagi punya tekad dan niat yang tulus untuk berjaya. Begitulah yang dilakukan oleh Nancy Maria, anak Sarawak dari Kaum Orang Ulu yang telah menempa sejarahnya tersendiri apabila merupakan wanita Kaum Orang Ulu pertama yang telah berjaya sampai ke Annapurna Base Camp iaitu antara denai-denai mencabar yang harus ditempuhi di pergunungan Himalaya, puncak tertinggi di dunia.  

Lebih membanggakan walau di dalam keadaan sejuk dibawah paras beku, atas nama betapa tingginya nilai pakaian tradisi yang menjadi lambang dan kebanggaan kaum-kaum di Sarawak, Nancy Maria sempat mengenakan pakaian tradisi Kaum Orang Ulu untuk gambar kenang-kenangan.  

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nancy Maria.  Semoga kesungguhan yang beliau tunjukkan mampu menjadi aspirasi untuk semua.  

Kredit gambar: Andrew Bang Jok 

“SCAMMERS” 52 WARGA CHINA DITANGKAP DI PENDING


SERBUAN yang dilakukan oleh penguatkuasa Imigresen ke atas satu bangunan di Pending, Kuching semalam berjaya menangkap 52 warga China berusia dari 18 tahun hingga 35 tahun.  Mereka dipercayai adalah “scammers” yang bergiat aktif dalam penipuan secara online berdasarkan kepada peralatan yang ditemui di lokasi seperti telefon dan komputer riba.  

Ketika serbuan difahamkan hanya enam daripada mereka yang berjaya mengemukakan dokumen perjalanan diri manakala yang lain tiada.  Menurut pihak Imigresen menyatakan bahawa bangunan itu telah disewa oleh mereka lebih kurang tujuh bulan yang lalu.

Setakat ini siasatan masih lagi dijalankan samada operasi “scammers” ini mempunyai perkaitan dengan operasi dua lagi premises “scammers” warga China yang diserbu oleh pihak Imigresen iaitu di Sabah dan Cyberjaya.  

Pautan berita penuh:


PRESIDEN INDONESIA ARAH TEMBAK PENGEDAR DADAH


SEBELUM ini, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo atau lebih dikenali dengan panggilan Jokowi telah mengarahkan hukuman mati pada kesalahan pengedaran dadah di Republik Indonesia. Arahannya itu mendapat tentangan daripada banyak pihak pro-demokrasi di seluruh dunia.  

Menurut Jokowi, Indonesia sekarang berada di dalam Darurat Dadah dan sejajar dengan keadaan semasa beliau turut membenarkan penguatkuasa Indonesia untuk menembak pengedar-pengedar dadah yang cuba untuk lari.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, Kerajaan Filipina turut telah lama memerangi pengedar-pengedar dadah yang bermaharajalela di negara mereka.  Presiden Rodrigo Duterta telah melancarkan kempen besar-besaran yang menyaksikan ramai kartel-kartel dadah ditangkap dan terbunuh.  

Malaysia baru bagaimana pula kerana umum mengetahui bahawa kerajaan pemerintah yang sedia ada sedang cuba untuk menghapuskan hukuman mati.  

Friday, 29 November 2019

BONUS PENJAWAT AWAM NEGERI SARAWAK SEBELUM KRISMAS 2019


PADA Belanjawan 2020 Sarawak yang lepas menyaksikan Kerajaan Sarawak memberikan dua bulan bonus atau minima RM2,000 kepada hampir 16,000 ribu kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak. Ianya sebagai satu hadiah dan keprihatinan Kerajaan Sarawak keatas penjawat awam Sarawak yang telah memberikan perkhidmatan mereka kepada rakyat.  

Dan pada hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Datu Jaul Samion mengwar-warkan bahawa bonus ini akan diberikan sebelum perayaan Krismas 2019 ini.  

Pautan berita penuh:


Semoga pengumuman yang dinyatakan oleh Setiausaha Negeri itu dapat membantu sedikit sebanyak pada penganut agama Kristian yang akan merayakan Hari Krismas juga untuk kesemua penjawat awam yang sudah tentu memerlukan bantuan kewangan untuk persediaan anak-anak menjelang musim persekolahan sesi 2020.

Thursday, 28 November 2019

BAWA PULANG ABU MAYAT CHIN PENG, SATU PENGKHIANATAN DAN TIDAK SENSITIF


TANGGAL 16 September yang lalu adalah satu satu tarikh yang amat bermakna bagi rakyat Malaysia kerana pada hari itulah satu negara bergelar Malaysia ditubuhkan.  Namun sayangnya akibat ada pihak yang tidak sensitif malah mungkin mahu mendabikkan bahawa seorang individu yang penuh dengan kekejaman kerana mahukan ideologi komunismenya diterima maka pada tarikh itulah abu mayatnya dikatakan ditabur di laut dekat dengan Lumut dan Banjaran Titiwangsa.  

Hanya setelah tiga bulan berlalu, perbuatan kumpulan tersebut akhirnya diwar-warkan kepada umum yang mana menyaksikan ramai rakyat Malaysia menyifatkan ianya adalah satu perbuatan yang langsung tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga pejuang-pejuang negara dan juga orang awam yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunisme dan Chin Peng dahulu.  

Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yang juga Ketua Penerangan PBB merangkap ADUN Muara Tuang turut senada dengan ramai rakyat Malaysia.  Beliau yang sebelum melangkah ke dunia politik juga merupakan seorang Sarawak Border Scouts dan anggota polis yang dahulunya sewaktu darurat komunis di Sarawak bertugas sudah tentu mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk menyelar perbuatan kumpulan yang melakukan onar membelakangi Kerajaan dengan membawa pulang abu mayat Chin Peng penuh rahsia.

Menurut beliau, tindakan memberi penghormatan kepada musuh negara yang paling dibenci dan tidak boleh dimaafkan itu adalah satu tamparan besar kepada mereka yang benar-benar menyintai tanahair bergelar Malaysia. Tambah beliau, perbuatan seperti itu sebenarnya betul-betul menghina ahli keluarga pejuang-pejuang Sarawak malah para pesara polis dan tentera yang masih hidup telahan lagi mereka yang sudah tiada seperti Datuk Kanang Anak Langkau, Sarawak Rangers, tentera, polis dan Border Scout yang telah gugur di medan peperangan untuk mempertahankan kedaulatan negeri dan negara dari pengganas komunis.   


Pautan berita penuh:

Wednesday, 27 November 2019

2.8 EKAR TANAH UNTUK BINA BEM GEREJA DAN PUSAT KOMUNITI


KEHARMONIAN kaum dan agama sememangnya antara nilai-nilai murni yang masih Sarawak pertahankan sehingga ke hari ini.  Kekuatan itulah yang menyebabkan ianya menjadi antara tiang seri di dalam memperjelaskan kukuhnya kesatuan rakyat Sarawak.  

Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan akan kepayahan Borneo Evangelical Mission yang masih lagi beroperasi di rumah kedai maka Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg melalui UNIFOR telah memberikan tanah seluar 2.8 ekar kepada BEM bagi membina gereja dan kompleks komuniti yang baharu.  Lokasinya pula adalah Taman Desa Wira, Kuching.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu pendekatan yang terbaik digunapakai oleh pemerintah yang memahami kehendak dan keperluan penganut agama yang lain.  Sesuai dengan konsep Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak yakni beliau mengadaptasi “Piagam Madinah” iaitu satu perjanjian yang dibuat oleh Baginda Rasulullah pada tahun 644 Masihi ketika di Madinah.  Ianya adalah 23 fasal piagam yang membicarakan hubungan antara umat Islam sesama umat Islam dan 24 fasal lagi membicarakan tentang hubungan umat Islam dan BUKAN umat Islam.  

Agama kamu adalah agama kamu, agama aku adalah agama aku.   

RON95 NAIK 1 SEN SETIAP MINGGU BERMULA TAHUN 2020


PROGRAM subsidi petrol tersasar akan membuka tirainya pada tahun 2020 seperti yang diwar-warkan sebelum ini.  Dan untuk tujuan itu, Timbalan Menteri KPDNKK iaitu YB Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin (DAP) menyatakan bahawa harga petrol RON 95 akan dinaikkan satu sen setiap minggu.  Menurut beliau, cara ini akan membantu rakyat sekaligus mengelakkan harga barangan akan naik mendadak.  

Pautan berita penuh:


Persoalannya sekarang setelah berkempen bermati-matian dengan mendodoikan kepada rakyat sebelum PRU14 dahulu bahawa andaikata mereka berkuasa maka akan lebih baik dari kerajaan sebelumnya menguruskan harga subsidi minyak di Malaysia ternyata langsung hanya dodoian kencing sahaja.  

Jangan kita lupa bagaimana ada seorang ahli politik PH sewaktu kempennya berjanji sebegini.. “Dengar sini, saya ulang..hari ini PH Menang, ESOK angkat sumpah, malam minyak turun”… Manakala yang seorang lagi iaitu “tuan penasihat” yang mempunyai formula harga minyak RM1.50 sehingga ke hari hanya diam seribu bahasa, lesap entah ke mana.  

HILANG DI PARLIMEN SEBAB MP PH SEJUK, LETIH!


SIDANG Parlimen pada kali ini diwarnai dengan cerita “kehilangan” ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan sehingga memaksa Tuan Yang Dipertua membunyikan loceng seolah-olah “cikgu disiplin” beberapa kali.  Ini belum lagi termasuk bagaimana “kehilangan” mereka menyebabkan ada sesetengah Rang Undang-Undang (RRU) yang hendak digubal tidak mampu untuk dibuat malah ada perbahasan yang dihentikan kerana tidak cukup korum seperti yang dikehendaki.  

“Kehilangan” ahli-ahli Parlimen PH turut berlaku ketika Perdana Menteri Tun M hendak membuat perbahasan yang mana hal ini seolah-olah menunjukkan bahawa ada “anak-anak buah si nakhoda kapal” yang melawan tuan mereka di parlimen tempohari.  Melihat kecenderungan itu juga, Perdana Menteri Tun M pernah mengulas isu tersebut yang mana beliau memberikan kritikan yang cukup pedas buat ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan untuk menghadirkan diri sewaktu sidang parlimen berlangsung.  

Jenaka apakah yang cuba disogokkan oleh ahli-ahli parlimen PH tidaklah diketahui namun begitu lagi menjadi satu bahan ketawa apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu, Mohamed Hanipa Maidin yang juga merangkap Ahli Parlimen Sepang (AMANAH) memberikan alasan konon-kononnya ahli-ahli parlimen PH tidak tahan dengan kesejukan.  

Pautan berita penuh:


Selain itu bagi Ketua WHIP PKR iaitu Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) pula memberi alasan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan terlalu keletihan kerana terpaksa berada di dalam parlimen sehingga lewat malam dan seterusnya bangun awal-awal pagi untuk sidang seterusnya.  Dan belum lagi terpaksa menguruskan hal-hal parlimen dan tugasan lain yang berkaitan.  

Pautan berita penuh:


Hakikatnya menghadirkan diri ke parlimen dan berada di dalam sidang itu penting kerana disitulah mereka menjadi wadah untuk berbicara mengenai permasalahan rakyat.   Jika diikutkan sidang dewan rakyat itu bukanlah berlangsung 365 hari malah mempunyai sesi penggalnya tersendiri.  Sedangkan ketika di belajar di sekolah mahupun universiti sekalipun, kehadiran itu penting untuk seseorang itu menimba ilmu maka begitulah juga ketika di sidang Parlimen yang mana ianya adalah untuk menentukan halatuju sebuah negara.

Gaji besar diberikan kepada seorang Ahli Parlimen adakah untuk memberikan alasan yang bodoh-bodoh seperti itu atau sekadar “asalkan ada” menghadirkan diri di dalam sidang rakyat seperti yang tular di media sosial baru-baru ini iaitu seorang MP PH sedang bersenang-lenang sambil menonton youtube perlawanan bola pun tiada berguna. :D

Hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. 

Monday, 25 November 2019

GUNA ISU PERKAUMAN UNTUK FITNAH KM SARAWAK


POLITIK murahan yang dibawa oleh sesetengah pihak dengan menggunakan isu perkauman sewajarnya kita tolak.  Dan tular di media sosial beberapa hari ini mengenai satu tangkap layar yang konon-kononnya diterbitkan oleh satu akhbar nasional iaitu Malay Mail dengan tajuk utama “ Don’t Allow Dayak To Rule The State, Sarawak CM remind voters (KM Sarawak mengingatkan pengundi untuk tidak membenarkan kaum Dayak memerintah Sarawak).  

Hakikatnya apa yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak itu adalah BERITA PALSU dan cubaan untuk menganggugugat keharmonian Sarawak.  Ini kerana apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Sarawak itu adalah “Don’t allow outsiders to rule the state, Sarawak CM remind voters (Ketua Menteri Sarawak mengingatkan pengundi untuk tidak membenarkan orang luar memerintah Sarawak).  

Pautan adalah seperti berikut:  


Penyebaran berita palsu ini juga turut mendapat perhatian pihak penerbitan akhbar BERNAMA yang mana telah mengesahkan bahawa tangkap layar itu adalah PALSU.  

Pautan berita penuh adalah seperti ini:


Sehubungan dengan itu juga, atas rasa tanggungjawab ada beberapa pihak sudahpun membuat laporan polis untuk pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.  Mungkin ramai tidak masih lagi tidak mengetahui atau sengaja buat-buat tidak tahu bahawa Malaysia mempunyai satu akta yang dinamakan AKTA BERITA PALSU.  Harap maklum. 

PETRONAS MENGESAHKAN YANG IA DISAMAN SARAWAK


TANGGAL 21 November 2019 yang lepas, Kerajaan Negeri Sarawak telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuching atas keengganan Perbadanan Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) yang masih tidak menjelaskan tunggakan bayaran cukai jualan produk petroleum sebanyak 5% iaitu mengikut jumlah tunai adalah RM1.29 bilion bermula dari Januari - Jun 2019.  Tatkala ianya dimaklumkan untuk hebahan umum, ramai yang tidak percaya bahawa Sarawak akan seberani membuat tindakan sebegitu rupa.  

Dan untuk makluman semula, hal mengenai saman ini sudahpun disahkan oleh Petronas itu sendiri yang mana sehingga ke saat ini, mereka masih belum lagi memperjelaskan apakah tindakan lanjut yang akan mereka lakukan.  

Pautan berita penuh:


Dengan adanya pengesahan daripada Petronas ini maka sudah terang lagi bersuluh bahawasanya Kerajaan Sarawak TIDAK PERNAH AMBIL ENTENG akan hak rakyat Sarawak sekaligus mampu menolak mainan persepsi di media sosial yang dilakukan oleh pihak pembangkang bahawasanya ini hanyalah DRAMA sahaja.

Encang Sarawak Encang.

#GPS
#SARAWAKFIRST  

ATLET KELAHIRAN BINTULU WAKILI NEGARA KE SUKAN SEA 2019


GENERASI sekarang amat gemar dengar sukan yang lasak dan antaranya adalah sukan muaythai dan kickboxing yang semakin mendapat tempat di dalam arena sukan di Sarawak.  Jika selama ke hari ini ianya diungguli oleh ramai atlet dari bumi Semenanjung Malaysia mahupun Sabah, untuk Sukan SEA 2019 yang sekarang berlangsung di Manila, Filipina kali ini ada kelibat seorang anak Sarawak yang turun ke gelanggang.  

Aman Koboi, begitulah nama gelarannya dan nama sebenarnya pula adalah Awangku Abdul Rahman bin Awang Marajaya iaitu anak Sarawak kelahiran Bintulu yang telah melakar sejarahnya tersendiri kerana dialah satu-satunya anak Sarawak yang berjaya menempatkan dirinya untuk bersama pasukan Malaysia beraksi di Sukan SEA 2019. Bakatnya diasah dengan sebaik mungkin oleh guru-gurunya dari Kelab PS Muaythai Bintulu sehingga berjaya merangkul kejuaraan di Kejohanan Muaythai Classic World 7 (CW7) Fight Night 2019 di Pulau Pinang tidak lama dahulu.

Pautan berita penuh:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/25/atlet-muaythai-bintulu-wakil-negara-ke-sukan-sea-filipina?fbclid=IwAR2y2qrW7pDLW3Cq8UQWyy63-l24kVdgmBHgVrg9tR2dcnngRtVX1LWyCwg

Sesungguhnya kejayaan beliau terpilih mewakili Malaysia sudah cukup membanggakan kita semua sebagai rakyat Sarawak.  Dan sudah tentu akan lebih manis andainya beliau berjaya merangkul sebarang pingat di Sukan SEA 2019 kelak.  Semoga beroleh kejayaan wahai Aman Koboi.  

Good luck bro.

Kredit gambar: Francus Ngu Hown Hua 

Sunday, 24 November 2019

569 PROJEK PERSEKUTUAN 2019 DI SARAWAK! MANA?????


DIAM tak diam tinggal sebulan lagi kita akan melabuh tirai tahun 2019. Dalam pada itu kita di Sarawak masih lagi tertanyga-tanya apakah pula projek Persekutuan dibawah Kerajaan PH. Sekitar May 2019, PKR Sarawak pernah memuatnaik status mereka seperti tangkap layar yang disertakan yang mana mereka bermegah bahawa pihak Persekutuan tidak pernah menganaktiri Sarawak kerana mereka “ada” projek.

Masalahnya sekarang jika ditanya kepada rakyat Sarawak rata-rata kosong mengenai projek-projek yang dibuat oleh Persekutuan melainkan Pan Borneo Highway yang turut dipotong kosnya.  Setakat ke hari ini yang gah masuk media adalah mengenai pembinaan tandas awam di Taman Hui Sing yang statusnya hanya sekadar “akan bina” sahaja.  

Pihak Pakatan Harapan Sarawak diminta untuk memberikan status setiap projek yang disertakan ini.  Jangan hanya tahu memberikan senarai sahaja tetapi satu pun kerja tak buat.  Budak tadika pun boleh buat sebegitu.  Senarai ini seperti manifesto bukan kitab suci kah wahai PH Sarawak. Tak bosankah nak mengencing sahaja.. berdosa tau !!

ENDA BULA ENDA MENANG


KEM Parti Keadilan Sarawak berpecah dua hanya satu spekulasi dakwa Naib Presiden PKR yang juga ADUN Batu Lintang iaitu YB See Chee How.  Menurut beliau keadaan parti mereka adalah baik-baik sahaja dan tidak pernah ada puak pro-Anwar ataupun pro-Azmin di kalangan pengikut mereka.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Itu kenyataan daripada YB See dan apa yang berlaku semalam adalah kerana ketidaksefahaman antara PKR Pusat dan juga Majlis Pimpinan Negeri Sarawak yang mana PKR Negeri mengatakan konvensyen dibatalkan manakala PKR Pusat pula meneruskannya.  Dan ini sememangnya cukup jelas melanggar “gentleman agreement” yakni autonomi yang diberikan kepada PKR Sarawak untuk berkuasa kepada sebarang bentuk urusan parti tersebut di dalam Negeri Sarawak.  

Pautan seperti berikut:


Natijah daripada tidak menghormati keputusan MPN itu menyebabkan Konvensyen PKR Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden mereka iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim diboikot oleh ahli-ahli pimpinan MPN Sarawak.  Malahan dikatakan ada sesetengah ketua cabang turut tidak kelihatan kerana “sekapal” dengan keputusan MPN Sarawak.  

Kelibat-kelibat pemimpin PKR Sarawak seperti Larry Sgn, Dr. Teo serta beberapa nama besar PKR Sarawak yang sememangnya selama ke hari ini kita ketahui pendokong kuat DSAI memenuhi setiap ruang di Hotel Pullman, Miri.  Malah ada antara mereka berani memuatnaik di dalam laman mukabuku mereka dengan bergembira atas kejayaan pro-Anwar mendominasi konvensyen PKR semalam.  

Entah apa lagi yang hendak disembunyikan oleh pemimpin MPN Sarawak sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawasanya Parti Keadilan Sarawak itu umpama retak menanti belah seperti yang diperkatakan oleh penganalisa politik Sarawak iaitu Datuk Peter Minos.

Pautan adalah seperti berikut:


Rakyat tidaklah bodoh seperti yang disangka kerana rakyat tahu menilai setiap senario yang berlaku sekarang di dalam rumahtangga Parti Keadilan Sarawak.  Jika urusan parti pun kelam kabut bagaimanalah suatu hari nanti konon-konon hendak memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Sarawak.  Yang “si bakal CM” disebut-sebut itu sudah tentu perlu berfikir panjang sekarang.  Halatuju politik harus segera diselamatkan jika ingin kekal.  

Dalam pada itu di peringkat PKR pusat pun tidak kurang dengan cerita perpecahan.  Ada sebilangan pemimpin pusat turut mempunyai pasukan impian.  Selama ke hari ini ianya sudah disahkan.  Jadi apakah pula yang cuba hendak disembunyikan lagi. Bibit-bibit perpecahan PKR Sarawak sudah mengikut jejak langkah PKR Pusat hanya kerana membela dua orang Malaya. Anang ngelaban bos wai.

Enda bula enda menang. 

BINA JAMBATAN DI SARAWAK TANPA TOL


UPACARA pecah tanah projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan di Lundu sudahpun dilestarikan tadi oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.  Satu upacara yang sederhana dan disertai oleh ramai rakyat jelata yang mengunjung Lundu untuk bersama memeriahkan suasana majlis tersebut.

Di dalam ucapannya, Ketua Menteri Sarawak ada menyatakan bahawa projek jambatan Batang Rambungan merupakan antara projek infrastruktur yang sudah diluluskan sewaktu kerajaan Barisan Nasional namun tatkala diambilalih oleh Pakatan Harapan ianya dibatalkan tanpa memberikan alasan yang kukuh.  Namun begitu bagi memastikan kesinambungan pembangunan di luar bandar lebih-lebih lagi bagi melengkapkan kemudahan jalan-jalan pesisir yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak yang dijangka siap menjelang tahun 2025 maka projek jambatan ini diteruskan juga walau dengan dana Kerajaan Sarawak sepenuhnya.  

Tambah beliau lagi selain daripada Jambatan Batang Rambongan, Kerajaan Sarawak akan tetap meneruskan projek infrastruktur seperti pembinaan Jambatan Batang Lupar, Batang Lassa, Batang Paloh, Batang Krian, Batang Saribas dan Batang Kemena.  Dan beliau turut mengumumkan bahawa kehendak dan aspirasi mantan “apai besai” yang sudah meninggalkan kita semua iaitu Allahyarham Tok Nan yang tidak mahu ada tol untuk kesemua jambatan di Sarawak akan diteruskan dibawah pemerintahan KM Abang Johari.  Ini adalah janji beliau kepada seluruh rakyat Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, pembinaan Jambatan Batang Rambungan adalah bercirikan jambatan “cable stayed” dan pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM98.5 juta.  Panjang keseluruhan jambatan itu adalah 560 meter dan dibina sebagai dua “lane single carriaway” (JKR R5).  Tempoh pembinaannya adalah selama 36 bulan.  

#GPS
#SARAWAKFIRST

Saturday, 23 November 2019

DUA ANAK SARAWAK WAKILI MALAYSIA KE SUKAN BOLA PADANG SUKAN SEA 2019



JIKA tiada azam dan tekad berserta minat yang mendalam sudah tentu setiap apa yang diceburi itu hanya satu hobi sahaja.  Dan begitulah juga dua orang anak Sarawak yang seharusnya kejayaan mereka kita bangga kerana akhirnya berjaya terpilih untuk mewakili Malaysia di dalam sukan bola padang di Sukan SEA 2019 yang akan memulakan pertandingannya dari 25 November hingga 2 Disember 2019 ini.  

Dua anak Sarawak yang amat kita banggakan ini adalah Ivana Sonia Beriak dan Jeneter Kadir. Ivana yang berusia 25 tahun adalah anak Sarawak kelahiran Asajaya, Kota Samarahan.  Memulakan karier sebagai atlet bola padang tatkala menyertai UM Lynx FC dan sekarang merupakan atlet harapan untuk Hufflepuff FC.  Sementara itu Jeneter Kadir yang berasal dari Miri, bukanlah satu nama yang asing di dalam kancah dunia sukan Sarawak kerana beliau sebelumnya adalah pemain hoki kebangsaan.  Kehebatan beliau yang mampu menggunguli dua acara sukan lantas mewakili Malaysia di dalam sukan bola padang adalah sesuatu yang amat membanggakan.  

Kedua-dua atlet kelahiran Sarawak ini sekarang sudahpun berlepas ke Manila, Filipina semalam bersama-sama dengan 40 atlet Pasukan Bola Padang Malaysia dengan diiringi oleh lapan pegawai sukan.

Pautan berita penuh:

https://dayakdaily.com/two-sarawakians-in-national-floorball-team-to-play-against-thailand-in-sea-games-2019/?fbclid=IwAR3zmhRNFIUGuLKwPaBcRPcds23MndlZ_9lgeobAkIdLTHMllrQ4Geoq5vw 

Selamat maju jaya diucapkan kepada Team Malaysia.  

Malaysia Boleh!

#IAMSARAWAKIAN 

KONVENSYEN PKR DI MIRI, BARU BIAN “HILANG” ENTAH DI MANA


KONVENSYEN Parti Keadilan Rakyat di Hotel Pullman, Miri baharu sahaja melabuhkan tirainya dan seperti yang sudah diduga kelibat Baru Bian langsung tidak kelihatan untuk menyertai malah menyambut kedatangan Presiden PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.  Ini sudah cukup membuktikan bahawa Baru Bian bersama dengan penyokong setianya sudah berpatah arang dek kerana Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh BB membatalkan konvensyen tersebut sebelum ini namun diteruskan oleh pimpinan pusat.  

Difahamkan lebih 1000 orang perwakilan daripada 31 cabang PKR seluruh Sarawak mendatangi Miri untuk mendengar amanat daripada Presiden PKR disamping merasmikan jentera PKR untuk menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada tahun 2021.

Pautan berita penuh:


Pokok persoalannya disini, nampak gayanya autonomi PKR Sarawak seperti yang dilaungkan dan difahami oleh BB dan kuartetnya iaitu “gentleman understanding” sudah menjadi tidak gentleman lagi.  Cukup jelas sekali autonomi yang difahami oleh mereka itu hanya menjadi sandiwara sahaja.  

Jawatan BB di dalam MPN sudah tentu “nyawa-nyawa ikan” sekarang dengan hanya menunggu masa untuk “dijatuhkan hukuman”.  Yang cukup nyata di dalam konvensyen ini sememangnya laungan pro-Anwar lebih besar dari laungan pro-kartel A. 

REKABENTUK JAMBATAN BATANG RAMBUNGAN, LUNDU


CANTIK, menarik dan yang pasti ianya adalah projek yang dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan sekitar Lundu iaitu Projek Jambatan Batang Rambungan, Lundu yang mana acara pecah tanahnya akan dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari esok, 24 November 2019. Kos untuk projek infrastruktur ini menelan belanja sebanyak RM99 juta dengan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.  

Siapnya kelak sudah tentu akan memudahkan rakyat di Lundu serta mampu menaiktaraf sosio-ekonomi untuk masyarakat di kawasan tersebut.

Persekutuan membatalkan peduli apa, kita ada GPS yang sentiasa mendahulukan rakyat Sarawak.   
#GPS
#SARAWAKFIRST 

TIDAK GENTAR DENGAN UNDI TIDAK PERCAYA -TUN M-


SESETENGAH pihak di dalam dunia politik Malaysia sudah semakin panas dan tidak kurang yang tanpa segan silu memohon untuk diadakan “undi tidak percaya” ke atas kepimpinan Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Lebih-lebih lagi setelah kekalahan “knock-out” calon PBBM di Tanjung Piai minggu lepas.  

Sebagai seorang perdana menteri yang sebelumnya pernah memegang tampuk pemerintahan paling lama di Malaysia, Tun M menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar dengan undi tidak percaya sekiranya ada.  Ini kerana beliau yakin dan pasti bahawa sokongan ke atasnya adalah kuat.  

Tambah beliau lagi jika gabungan parti pemerintah sekarang mempunyai niat sedemikian rupa, UMNO dan PAS yang merupakan parti pembangkang sudahpun menyatakan sokongan untuk beliau terus memegang tampuk pemerintahan Malaysia sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.  

Pautan berita penuh:

Friday, 22 November 2019

ADUN PUJUT HINA ADAT RESAM ORANG MELAYU


HANYA kerana seorang pembesar negeri diarak menggunakan tandu maka seorang ahli politik boleh membuat muatnaik berunsur kata nista kepada rakyat di laman mukabukunya. Perbuatan yang seharusnya kita di Sarawak selar kerana selama ke hari ini menghormati adat warisan yang punya kepelbagaian kaum menjadi contoh orang luar. Namun atas nama politik dan demi kelangsungan menagih sokongan maka ADUN Pujut tidak memperdulikannya.


Politik kebencian begitulah yang sering mereka dodoikan sedangkan hakikatnya apa yang dilakukan oleh rakyat di Kabong pada masa itu adalah untuk menjunjung adat warisan Melayu mereka bagi menyambut seorang pembesar yang sudi bertandang ke kawasan mereka. Sememangnya terbukti MP Pujut itu seorang yang langsung tidak mengetahui adat warisan Melayu yang halus serta beradat yang tetap dipertahankan sejak dahulu lagi.

Apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari yang menghormati kehendak rakyat dan telahan lagi beliau pada masa itu adalah seorang tetamu harus menghormati tuan rumah. Mungkin YB Pujut tidak pernah mendengar perumpamaan lama berbunyi sebegini “masuk kandang lembu, menguak dan jika masuk ke kandang kambing, mengembek”. Inilah perumpamaan Melayu yang berkata soal membawa diri di tempat orang.

Diarak menggunakan tandu itu bukanlah sahaja ada di waktu Maharaja China berkuasa malah ianya sudah ada di dalam adat warisan Melayu di Nusantara. Bukan sahaja Raja yang dilakukan sebegitu rupa sebaliknya turut melangkau sehingga ke pembesar-pembesar negeri. Menyamakan apa yang berlaku sewaktu 400 tahun dahulu seperti di Negara China seperti yang dikatakan oleh MP Pujut adalah satu penghinaan buat rakyat Kabong yang sehingga ke hari antara kaum Melayu Sarawak yang masih mengekal dan mempertahankan adat warisan lama Melayu Sarawak yang semakin hilang ditelan dek zaman.

Malulah sebagai ahli politik Sarawak jika hanya bermodalkan politik penghinaan seperti itu. Bila masa pilihanraya menjelang, undi kesemua masyarakat di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama dituntut dan boleh sahaja mengikuti segala adat warisan kaum pada ketika itu. Tetapi bila berkuasa habis semua hendak dipolitikkan hanya kerana yang diraikan itu bukan sekapal.

Lebat daun si bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Itulah orang Melayu namanya

SARAWAK COAST GUARD; 12 ANGGOTA SATU KAPAL DALAM SETIAP RONDAAN



TATKALA Kerajaan Sarawak mengumumkan yang Kerajaan Sarawak akan  menubuhkan pasukan Sarawak Coast Guard dan kesiapsiagaan kelengkapan unit keselamatan laut Sarawak itu, ramai yang sinis samada ianya benar-benar atau cakap-cakap sahaja.  Realitinya bukanlah mudah namun begitu komitmen Kerajaan Sarawak bagi memastikan bahawa bahagian keselamatan lautnya dijaga oleh rakyat Sarawak sendiri adalah satu langkah yang patut kita hargai.   

Menurut Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, pembinaan kapal-kapal untuk tugasan Sarawak Coast Guard sedang dinilai sekarang dan beliau tidak menolak ianya akan hampir serupa dengan kapal yang digunakan oleh Polis Marin Jabatan Laut.   Oleh kerana ianya adalah unit Sarawak maka beliau lebih memilih untuk pembuatannya dibuat oleh industri pembinaan kapal yang ada di Sarawak sendiri iaitu di Sibu.  

Selain itu, beliau turut menambah bahawa menurut perancangan awal, unit Sarawak Coast Guard akan mula membuat rondaan dengan kekuatan 12 anggota di dalam satu masa dan berbicara dari aspek bentuk latihan pula, anggota Sarawak Coast Guard akan dilatih oleh seorang pesara “admiral” yang sememangnya sudah mengetahui latihan-latihan yang diperlukan.  Mengenai kelengkapan persenjataan pula, itu akan dipilih oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Sarawak (Sarawak Security Council Director).

Ketua Menteri memberikan penerangan ringkas mengenai Sarawak Coast Guard ketika ditanya oleh wartawan sewaktu merasmikan Sarawak Agrofest 2019 di Kuching petang semalam.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod sewaktu pembentangan Belanjawan 2020 Sarawak yang lepas, RM90 juta telah diperuntukkan untuk Sarawak Coast Guard.  Dan selepas pengumuman itu juga Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan bahawa Sarawak Coast Guard akan menggunapakai model seperti apa yang dilaksanakan oleh Negara Australia.